Rss Feed

A Day @ Lubuk Degong,Perak

Best tak terkata

Trip kali ni, aku dengan 2 orang lagi member becadang nak pegi ke air terjun Lubuk Degong yang terletak di Bidor, Perak.Actually dah lama dah kitorang becadang nak pegi ke air terjun ni. Sebelum ni kawan aku (zai) dah ajak aku tapi memandangkan aku takde masa sebelum tu, terpaksa la tangguh dulu planning kitorang. Lubuk Degong ni sebenarnya terletak 10km dari rumah member aku. Perjalanan dari bidor plaza toll Bidor ke air terjun ni cuma mengambil masa kurang dari 30minit. Masa mula-mula nak pergi ke air terjun ni aku ingatkan tempat dia biase je la mcm air terjun yang penah aku pegi kat tempat-tempat lain.so takde la excited sangat. so dalam perjalanan tu kitorang lalu perkampungan orang asli perak, kebun getah, kebun kelapa sawit dan segala mak nenek la.masa tu pukul 10.30 pagi kalau tak silap aku tapi memang cuaca baik sangat.dalam pukul 11 mcm tu kami sampai kat destinasi.first of all aku nampak air terjun dia biase je (masa ni aku da agak dah,memang biase je) tapi member aku ajak masuk dalam lagi.so aku pun keluarkan la SLR aku kot2 la ade tempat yang oke untuk amik gamba.jadi kami pun berjalan la masuk dlm..jalan punya jalan..tiba2 sampai kat tempat yang kawan aku nk bawak.aku terus rasa excited gilas sebab tempat dia perghhh...memang 99.8% pure nature...





Aku apelagi, cepat-cepat keluarkan camera & snap sekenyang-kenyangnye.tak sangka aku tempat yang member aku bawak tu cantik.takde sampah sarap, air jenih gile.pastu aku sempat snap gamba anak org asli yg tgh mandi (budak laki oke!). Budak - budak tu pulak macam tau-tau aku nak amik gamba diorang.dan2 buat aksi akrobatik lompat kuang la terjun dari puncak la & mcm2 stail lagi la..


aksi-aksi anak orang asli

ye itu dia



so lepas puas amik gamba ape lagi, aku pun tukar baju ape semua & terus terjun..huhu..air dia memang fresh & sejuk sangat..memang sesuai sgt la sbb masa tu aku terjun dlm tengahari waktu matahari tecacak atas pale.



Tempat dia memang betul-betul best,bayangkan boleh mandi air terjun yg clear & dalam pastu corak mukabumi kat air terjun tu pelik2.contoh batu2 besar kat sana jadi bentuk yg mcm org buat walhalkan takde sapa nk gatal tangan nak bentukkan batu2 kat situ.mula masa nak g mandi tu ingat nak mandi kejap je la tapi bila da turun pastu explore lagi atas, dari sejam nak mandi jadi sampai 3/4 jam..kecut ***** beb..




cantik sungguh air yang keluar dari lubang tgh2 batu tu

Amboi pian,seronok hang naa..

hehe. Dalam kul 4 lebey macam tu baru kami selesai mandi & terus balik.apepun niat aku nak dtg balik g mandi kat situ.best,next time sape nk ikut aku jom!!

4 comments:

Ms AiReEn MoHd said...

Hishhh penant aku taip memula da panjang sekali nak post jem plak ....aku suker lak tgk gambo semua kat air terjun ni ...semua sgt chantek the way ko snap.....sgt bagus ....thumb up wan....weh amik lagik byk gambo then update la selalu....buh nuffnang....leh dpt side income...hehehe aku baru jerk cash kan nuffnang blog aku tuh...tuk beli kasut raya..hehehee

Enche Wan said...

huhu..okeh..

vee_comot said...

aku pun da pegi da tempat ni. syok abes! ^.^

Enche Wan said...

yup..tht's rite...
tempat nih not bad..anyway..untuk member2 gua tak menapak kat blog ni sgt sbb concerntrate kt d 'other' blog aku..http://idearekavidz.blogspot.com

so nanti aku follow korang guna blog tu..wokeh