Rss Feed

Oh Taiping!

Montok kat Taman Tasik Taiping

Well ape nak cite pasal gi Taiping ni ek.nak cite tak pandai jadi aku paste dulu intro pasal taiping.hehe..
Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak. Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut


jadi itula serba sedikit pasal Taiping. Bandar Taiping ni merupakan tempat dimana aku masuk kolej (Noble College of technology). Selama beberapa tahun aku dok blaja kat sana. So far town dia takde la besar sangat dan selalu hujan. Jadi sesiapa yang nak melawat Taiping atau stay di Taiping, sediakanlah payung sebelum hujan oke. Kedai-kedai kat Taiping pulak mostly tutup awal, dalam pukul 8-9 mlm macam tu da tutup dah. Aku pun tak berapa paham da kenapa tutup awal. Mungkin disebabkan bandar dia tak besar jadi tak perlu la bukak lama-lama. Tapi jangan la risau kepada sesiapa yang nak menginap kat sana sebabnya kat Taiping masih ada lagi kedai runcit 24 jam mcm 7 Eleven, Happy Mart & sebagainya

. bergambar kat sign board kolej aku.takdak keje :P

jgn tiru aksi berbahaya ini

Bab makan, hmm ape yg boleh aku cite.masa aku belaja kat sana tempat paling best melepak makan ada 2 saja. Satu kat depan Railway station, kat situ banyak kedai mamak & kedai melayu.oh yee yang best kat situ sekiranya korang datang nak makan waktu siang, try cari satu kedai roti jala kat situ. Memang sedap. Rugi kalau tak cuba. Then satu tempat lagi kat bawah supermarket Fajar kat tgh2 bandar.kat situ aa macam2 la makanan boleh korang nak makan sebab kat situ merupakan tempat peniaga2 kecil meniaga makanan diorang.senang cakap food court la or medan selera. Tapi kalau korang tak puas hati jugak, boleh cuba kat medan selera berdekatan dengan bomba.tanya orang sana diorang tau kat mana. Nama tempat tu sebenarnya medan selera Doli.

kat kedai makan depan Taiping Railway Station

Selain daripada tu ada 2 tempat lagi yang korang patut cuba kalau pegi ke Taiping. Doli Koey Teow (yang ni memang famous kat tepeng) aku ske gak makan kat sini tapi oleh kerana dulu nak ke Doli Keoy teow tu jauh dari rumah, jadi aku makan kat tempat yang dekat-dekat je la..hehe.dan akhir sekali kalau waktu pagi pulak teringin nak makan nasi lemak. Aku suggestkan korang makan kat kedai nasi lemak yang ada di jalan perindustrian Tupai. Kalau aku, aku bagi nama tempat tu Nasi Lemak Tupai je.tapi bukan lauk dia berlaukkan daging tupai OKE..pun macam tu jugak.kalau korang tatau kat mana korang boleh tanya org sekitar situ.diorang mesti tahu.kalau tak tahu samada dia orang luar atau tak penah makan walaupun duduk tepeng atau buat2 tak tahu :P

Taman Tasik Taiping

Kalau nak beriadah pulak, kepada sesiapa (yang couple atau yang bekeluarga) boleh la pegi bersiar-siar kat area Taman Tasik Taiping.kat situ ade la macam-macam aktiviti macam nak naik bot tak pun nak pegi zoo ke.mostly penduduk taiping ske pegi situ waktu weekend la sbb bawak keluarga atau kawan2 atau couple g berjogging waktu pagi /petang.kadang-kadang ada jugak event yang menarik sekitar taman tasik tu. Sekiranya nak aktiviti yang lebih best, korang bleh jugak pergi ke Bukit Larut. Aku da penah naik kesana.boleh naik ke atas sana melalui sewa kenderaan pacuan 4 roda yang diorang sediakan kat kaki bukit atau pun trekking (tapi aku ske lagi trekking sbb saje nak keluarkan peluh OKE) kadar sewa untuk seorang kalau naik kenderaan aku tak berapa pasti la tapi yang pasti bawah dari RM20 rasanya.Perjalanan dari bawah ke atas bukit mengambil masa 25-30 minit sekiranya korang naik pacuan 4 roda tapi kalau trekking dalam 2 jam ++ (bergantung pada kekuatan fizikal korang) Dah penat-penat turun dari Bukit Larut tu korang boleh la singgah ke air terjun yang ada di sekitar bukit larut tu.aku lupa nama air terjun kat situ tapi air terjun dia biase2 je la.tak de la best sangat pun.boleh la kalau sekadar nak mandi manda. Jadi itu la sedikit sebanyak cite aku pasal Taiping. Kalau free2 tu pegi la lawat bandar Taiping. Sungguh pun Taiping tak berapa meriah tapi bandar dia peaceful. Orang selalu cakap Taiping ni bandar yang sesuai untuk orang yang da pencen or Bandar org pencen.ntahla mungkin kot.

0 comments: