Rss Feed

Trip to Kuching ( Part II )

OK..sambung balik..
Aku ngan member2 bertolak dari airport Penang pada pukul 7.30 ptg dan sampai di airport Kuching dalam jam 9.30 malam (kalau tak silap aku dalam 2 jam perjalanan).Sesampai saja kat Airport Kuching kitorang semua gerak ke Hotel Waterfront melalui perkhidmatan teksi yang ada kat airport tu.tambang teksi kalau tak silap aku dalam RM20 untuk satu perjalanan.Sampai je kat hotel we all semua check in & aku pun dah dapat bilik aku then terus relaks2 isap rokok & tido.

Pagi 1hb Julai 2008

Pagi ni kitorang tunggu kat bawah untuk tour guide kitorang datang amik (Enche Dai). Dalam setengah jam tunggu baru la enche Dai sampai ngan Avanza dia.So 1st of all che Dai bawak kitorang pegi breakfast dulu kat satu kedai makan yang berdekatan ngan Bank Negara (seingat aku la,sbb tu la landmark yang aku ingat) Makanan kat situ macam biase la sama ngn semenanjung kita cuma aku je tak makan banyak cause aku ni ade masalah sikit kalau breakfast.nanti perut mulalah nk meragam :P

Lepas breakfast ape semua, kitorang teruskan perjalanan ke destinasi pertama kitorang iaitu Pasar serikin.

Pasar Serikin terletak kat sempadan Sarawak-Kalimantan dan jarak perjalanan dari bandar Kuching memakan masa dari 1 jam -1 jam setengah. Kata che Dai, rugi kalau tak ke Pasar Serikin, sbb barang barang dari Sarawak dan Indonesia boleh dapat murah kat situ. Contohnya, kain pua kumbu Sarawak, batik sarong, tikar sarawak, barangan kristal dan mutiara, kain sembahyang, beg dan barangan kulit dan mcm2 lagi la.

Kebanyakan peniaga kat situ datang dari Indonesia tak pun Kuching. Menurut che Dai, peniaga dari Indonesia kat sana kebanyakannya dari suku kaum Madura, satu kaum yang suka, & pandai berniaga. Diorang ni kaum yang kuat keje. Kalau kat tempat kita boleh la nak samakan mcm kaum Cina.

Kalau kat semenanjung, lebih kurang dengan Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Padang Besar, Rantau Panjang takpun Langkawi. Tapi even konsep kedai diorang sama, barang yang diorang jual mmg unik & tak sama kalo nak bandingkan ngan semenanjung. Kenapa? Tak percaya? Datang dulu baru percaya OKE!

Pasar Serikin ni bukak hujung minggu je, (Sabtu dan Ahad, dari pukul 7am. lebih kurang, ada yang buka lagi awal) hingga 2 petang. Walaupun Pasar Serikin jauh dari town & masih banyak pokok2 yang tak kene tebang, sebenarnya kawasan Serikin ini paneh btul. Memang paneh. Sebab tu digalakkan datang awal pagi cause cuaca panas tak mencekik korang bila jarum jam mencecah 11 pagi & ke atas. Mcm aku pun mula2 pegi sana tak pakai cap. Tapi bila da sampai sana, perghh memang panas (tapi amik gamba memang cantik sbb cuaca cerah, advantage for photographer) Last2 sekali aku pun tepaksa beli jugak cap kat situ..hehe..


1 comments:

its me said...

kuching ko lepak mane..aku lum kesempatan nak bace entry ko lagik..asik tgk gambo jerk..last time aku pg seminggu to kuching duk kat name ape tah hotel tuh ...bawah die ade shopping kompleks tuh...

kat kuching mcm payah sikit tekak familia aku nak mkn..nak nak abah aku...so evrall kuching best cume mkn kurang enak...even kat otel pun kureng jerk...sekian komen aku..aku gigih komen ko neh